Shopee Food kini tersedia di Simpang Ampat dan Samarahan.

Shopee Food merupakan perkhidmatan tempah makanan terus pada aplikasi Shopee. Melaluinya, pengguna boleh melihat restoran berdekatan, melakukan tempahan, dan makanan anda akan dihantar terus oleh penghantar Shopee Food.

Selepas memperluaskan secara berperingkat ke beberapa kawasan, kini paling terkini Shopee Food memperluaskan penawaran mereka ke dua lokasi lagi, iaitu Simpang Ampat, Pulau Pinang dan juga Samarahan, Sarawak.

Dengan perluasan ini, lebih ramai boleh melakukan tempahan terus melalui fungsi ShopeeFood, sekaligus memberikan pengguna lebih pilihan selain GrabFood dan juga FoodPanda.