Tarif Trump dilanjutkan hingga 1 Ogos, tambahkan sekatan kepada BRICS.

Tarif Trump ditangguh selama 90 hari sejak April selepas ia menyebabkan ekonomi global terumbang ambing. Bagi Malaysia tarif 24% yang dikenakan adalah melampau dan adalah antara yang tertinggi dikenakan. Penangguhan pada asalnya akan tamat pada 9 Julai tetapi kini Presiden Trump mengatakan ia akan dilanjutkan pula ke 1 Ogos.

Ini menurut beliau kerana Amerika Syarikat sedang memuktamadkan beberapa pakatan perdagangan dalam beberapa hari akan datang dan akan mengumumkan kadar tarif yang lebih tinggi menjelang 9 Julai. Trump turut mengumumkan negara ahli BRICS akan dikenakan tarif tambahan 10%. Tarif tambahan dikenakan kerana BRICS didakwa mengamalkan polisi anti Amerika.

Pada ketika ini BRICS dianggotai Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, Mesir Ethiopia, Indonesia, Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. Malaysia pula dalam proses menjadi ahli dengan Perdana Menteri sedang melakukan proses perjumpaan dengan ketua-ketua negara BRICS.

  • Reuters