Maybank kini membolehkan pengguna aplikasi MAE menukar atau mengubah had pemindahan terus melalui aplikasi berkenaan mulai hari ini. Langkah ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan untuk meningkatkan pengalaman perbankan digital pelanggan. Ikuti langkah-langkah berikut untuk menguruskan had pemindahan melalui MAE:
- Log masuk ke aplikasi MAE dan tekan ‘Tetapan’ di penjuru kiri atas.
- Pilih ‘Bayar & Pindahan’ > ‘Pindahkan’ > ‘Had Pemindahan’.
- Pilih jenis pemindahan yang ingin diubah.
- Tetapkan had harian baharu daripada menu.
- Tekan ‘Simpan Perubahan’ dan sahkan dengan Secure2u (hanya diperlukan untuk kenaikan had).
Sebagai langkah keselamatan, sebarang kenaikan had akan melalui tempoh bertenang selama 12 jam. Sepanjang tempoh ini, pengguna masih boleh membuat transaksi mengikut had semasa. Setelah tempoh tamat, had baharu akan berkuat kuasa dan pengguna akan dimaklumkan melalui aplikasi MAE atau SMS.

Maybank turut menggalakkan pengguna untuk menyemak had harian secara berkala, menaikkan had pemindahan hanya apabila diperlukan, serta memantau aktiviti akaun untuk mengesan sebarang transaksi mencurigakan. Sekiranya berlaku akses tanpa kebenaran, pengguna boleh mengaktifkan Kill Switch melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u bagi menyekat akses sementara dan melindungi akaun.
- maybank