Bitcoin mencatat nilai terkini melebihi RM500,000, naik mendadak.

Nilai kriptowang terus memperlihatkan peningkatan pada hari ini, dan ia diterajui oleh Bitcoin yang kini turut mencapai nilai melangkaui RM500,000. Ketika artikel ini sedang ditulis, nilai Bitcoin semasa adalah melebihi RM522,819 ($122,944) dengan ia melangkaui nilai tertinggi $110,000 yang dicatatkan beberapa bulan lalu.

Peningkatan nilai ini melihatkan lebih sekali ganda dalam tempoh setahun. Sebelum ini, Bitcoin telah berada pada paras RM224,000 pada bulan Ogos 2024 lepas.

Peningkatan nilai ini dikatakan disebabkan oleh Amerika Syarikat yang akan memulakan debat melibatkan aset digital bermula minggu ini. Sebelum ini, Presiden Donald Trump dikatakan lebih mesra dan terbuka ke arena kriptowang, dan debat dan perbincangan pada minggu ini dijangka membawa ke arah kesan positif terhadap arena kriptowang berkenaan.

Selain Bitcoin, pelbagai kriptowang lain turut memperlihatkan peningkatan positif sejak seminggu kebelakangan ini.