Tidak lama selepas kemaskini kepada kamera 360 keluaran GoPro sendiri, iaitu GoPro Max (2025) dilancarkan, mereka kini telah mula mengacahkan ketibaan pengganti sebenar kepada kamera tersebut, iaitu GoPro Max 2 melalui akaun media sosial mereka.
Tidak banyak butiran yang diketahui tentang kamera 360 terbaru keluaran GoPro ini, kecuali yang kita tahu bahawa ia hadir dengan nama “Max 2” di bahagian sisi kamera tersebut. Dari segi rupabentuk fizikal yang lain, ia tidak begitu berbeza berbanding dengan kemaskini GoPro Max yang dilancarkan baru-baru ini.
Walaupun begitu, jangkaan orang ramai ialah ia akan hadir dengan banyak teknologi-teknologi moden yang diperlihatkan pada kamera-kamera 360 yang lain seperti rakaman 8K, kualiti rakaman dalam keadaan gelap yang baik, lensa yang boleh ditukar dan mod rakaman yang lebih menarik.
Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah GoPro akan memperkenalkan kamera Max 2 mereka, tetapi dengan gambar acah yang diperilhatkan, jangkaannya ialah ia akan diperkenalkan tidak lama lagi.