IQOO Z10R bakal dilancarkan di India akhir Julai atau Ogos.

IQOO dijangka memperkenalkan peranti terbaharu IQOO Z10R ke pasaran India menjelang akhir Julai atau awal Ogos. Meskipun belum diumumkan secara rasmi, peranti telah ditemui muncul melalui imej promosi tular dan penyenaraian penanda aras dalam talian.

IQOO Z10R akan dilengkapi paparan melengkung dengan bezel nipis dan kamera swafoto berlubang di bahagian tengah. Reka bentuk belakangnya menyerupai model Vivo V50 dengan dwi-kamera utama dan sistem Aura Light untuk kegunaan portrait. Panel belakang dipercayai menggunakan bahan berasaskan plastik dengan lengkungan ergonomik untuk keselesaan pengguna.

Ia disenaraikan di Geekbench dengan nama model vivo 12410 yang dikuasai oleh cip Mediatek Dimensity 7400, memori 12GB RAM dan sistem operasi Android 15. Ujian prestasi menunjukkan markah 1099 untuk teras tunggal dan 2989 untuk berbilang teras. Peranti juga dijangka menampilkan paparan OLED FHD+ 6.77″dan bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 90W.