Jualan Sony Xperia 1 VII Digantung di Jepun, Hong Kong, Singapura dan Taiwan telahpun digantung hujung minggu lalu berikutan beberapa isu yang dilaporkan pembeli-pembeli awal. Penangguhan diumumkan oleh Sony menerusi lama mereka selepas isu peranti mati dengan sendiri, melakukan tetapan semula dengan sendiri dan dalam kes lebih serius tidak dapat dihidupkan walaupun butang kuasa ditekan.

Penggantungan jualan dilakukan bagi membolehkan perisian peranti dikemas kini ke versi baharu yang menyelesaikan ketiga-tiga isu di atas. Pada waktu yang sama acara Xperia 1 VII bersama media Malaysia pada 12 Julai juga telah ditangguh oleh pihak Sony Malaysia. Ketika artikel ditulis kami sedang mendapatkan kenyataan rasmi daripada pihak Sony sama ada jualan akan diteruskan ataupun tidak.
Sony Xperia 1 VII ialah peranti pertama dalam siri Xperia 1 yang tidak dikilangkan sendiri oleh Sony. Ini selepas kilang Sony di Chonburi dan Bangkady di Thailand serta Wuxi di China tidak lagi menyenaraikan telefon pintar sebagai produk yang dikilangkan. Ini telah dilakukan sejak pertengahan bulan Mei dan memberikan petandaXperia 1 VIIIalah telefon pertama mereka yang dikilangkan oleh OEM.