Siri komputer riba produktiviti Lenovo ThinkPad secara lazimnya dikenali untuk rekaan rangka luarannya berwarna hitam, dan kadang-kala perak, disamping merumahkan komponen CPU yang cukup berkuasa untuk pelbagai jenis tugas.
Ia dilaporkan bahawa Lenovo China akan memperkenalkan siri Lenovo ThinkPad berwarna putih pada minggu ini, melalui imej-imej acah yang memperlihatkan gambar sebuah jam tangan dan juga biola berwarna putih.

Siri komputer riba tersebut akan diperkenalkan oleh Lenovo pada 11 Julai ini, dengan tema pelancaran “White Moonlight”. Sebab mengapa gambar-gambar jam tangan dan biola diperlihatkan adalah untuk menunjukkan kejituan dalam penentukuran rekaan komputer riba ThinkPad baru ini.
Buat masa ini, spesifikasi untuk siri komputer riba tersebut tidak diketahui lagi, dan jangkaannya ialah Lenovo mungkin akan memperlihatkan penawaran CPU untuk komputer riba nipis dan ringan dari AMD, Intel dan Qualcomm.
- Lenovo China