Diagnosis untuk penyakit-penyakit serius kadang-kala akan hadir dengan kos yang tinggi, menyebabkan isu-isu kesihatan tersebut hanya ditemui apabila ianya lambat untuk disembuhkan.
Terkini, sekumpulan penyelidik dari Massachusetts Institute of Technology telah mencipta sebuah komponen mengimbas penyakit yang pada masa ini boleh mengesan sel kanser. Komponen mengimbas sel tersebut dilihat hadir dengan saiz sebuah syiling dan boleh menjejak sel penyakit, dan boleh disimpan didalam lokasi suhu bilik selama dua bulan.

Teknologi ini menggunakan elektrod bersalut DNA dan enzim berasaskan CRISPR, Cas12. Apabila gen sasaran daripada virus atau sel kanser ditemui, enzim tersebut akan mengaktifkan dan mula memotong DNA pada elektrod tersebut. Tindakan ini mencipta isyarat elektrik yang berbeza, mengesahkan hasil yang positif. Cabaran utama membina pengimbas ini ialah kerapuhan salutan DNA yang sebelum ini mengehadkan jangka hayat pengimbas kepada beberapa hari sahaja.
Profesor Ariel Furst, yang mengetuai kumpulan penyelidik ini telah menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan alkohol polivinil (PVA) yang menyeliputi lapisan DNA tersebut, dan membolehkannya disimpan didalam suhu setinggi 65.56 Celcius. Ia juga diuji setelah dua bulan disimpan pada suhu bilik, dan masih berjaya mengesan sel kanser dengan tepat.
Pengimbas sel penyakit ini dilihat membolehkan sesiapa sahaja untuk mengimbas penyakit dengan cepat, mudah dan murah, dan boleh memulakan fasa perubatan secepat yang mungkin.
- MIT News