Anda mungkin mengenali Roblox sebagai sebuah permainan yang sangat popular dikalangan kanak-kanak buat masa ini, tetapi tahukah anda bahawa ia juga merupakan sebuah syarikat teknologi yang membangunkan bakat pengaturcaraan dengan membolehkan sesiapa pun untuk menghasilkan permainan di platform tersebut.

Terkini, Roblox telah mengumumkan bahawa salah satu daripada permainan terbaru di platform mereka, iaitu Grow A Garden telah merakamkan seramai 21.6 juta pemain serentak, sekitar 6 juta lebih ramai daripada pemegang rekod pemain serentak paling ramai di dunia setakat ini, iaitu Fortnite dengan 15.3 juta pemain sekaligus pada Disember 2020.
Roblox mengatakan bahawa kerana populariti terbaru Roblox ini, mereka telah mengekalkan jumlah pemain sekaligus seramai kira-kira 30 juta pemain di seluruh platform pada waktu puncak pemain. Mereka juga bertungkus-lumus untuk memastikan platform mereka masih boleh diakses walaupun pekara seperti 20 juta pemain memainkan satu permainan berlaku, supaya pengalaman pemain lain tidak terjejas.
Roblox mengatakan bahawa mereka mempunyai 24 pusat data di seluruh dunia yang memastikan bahawa pemain-pemain mereka boleh bersambung ke pusat data yang paling berdekatan dengan mereka tidak kira dimana mereka berada di dunia.
- Roblox